Sunday, January 29, 2012

cinta hati

warning!! entry panjang ini mungkin boleh melemahkan semangat anda.. untuk membaca... hehe


lately, banyak masalah yang timbul. bukan masalah baru. tapi masalah yang dah diperam sampai dah naik masam, hapak dan perlu dibandung/bendung dengan segera. bila fikir-fikir balik, masalah ni buat aku berfikir (ayat mintak pelempang). banyak hikmah yang tersembunyi disebalik ketidakberkahwinannya lagi aku di saat ni.. (hahaha.. tu la.. ramai sangat dah orang tanya bila nak kawen.. anak2 pon asyik tanya bila maksu nak kawen.. mai sini cheq nak habaq pasaipa)..


bukan senang nak membina sebuah keluarga. tambah-tambah aku ni yang bercita-cita tinggi menggunung (macam orang tak sedaq diri yang diri tu pon serba kekurangan), nak sebuah keluarga yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa dalam rahmatNya (bukan senang wooo..). untuk dapat semua tu, melibatkan banyak pihak.. dah la diri sendiri pon haprak je. kena la betulkan dulu. ingat nak berubah tu senang?! (tetiba marah.. haha) pastu kena la cari partner yang DAEBAK! (yang ni aku banyak bergantung pada cinta hati yang SATU, Allah S.W.T.. yeahhh!)


jadinya, sekarang ni tengah mencari cinta dalam method bercinta. bercinta dengan Sang Pencipta, Dia yang satu.. best becinta sekarang sebab tak pernah rasa kecewa.. even sedih pon selalu ada teman yang dekat dengan hati. Al-Quran dan Sunnah mula dibajai dalam hati dan diri.. bahagia... alhamdulillah.. semoga Allah tak serik nak bagi kasih sayang pada diri ini yang selalu lalai dan leka.. nauzubillah..


"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
[2:165]


taken from here


cinta ALLAH itu abadi dan hakiki <3

0 coret-coret: