Sunday, February 12, 2012

lompat keriangan

alhamdulillah

bersua kita kembali di ruangan sembang suka hati (poyo!)

untuk hujung minggu ni, masa banyak habis kat rumah dengan melakukan perkara2 yang agak berfaedah kalau nak dibandingkan dengan dulu
kak intan dengan selumber rusanya pergi honeymoon dengan husband dia
lalu meninggalkan 4kekanak ribena untuk aku uruskan


gilo ko hapo, eden ni jago diri pon tonggang tobalik..
but i think i've done my best
*even, sepatutnya hari ni keempat2 mereka sepatutnya bersekolah, tapi wawa je yang pergi sebab kakak n uyin demam.. hehe*

ok, saya dengan sejujur2 hatinya
mengaku tugas sebagai ibu memang tersangatla MENCABAR!
tak cayer, cuba korang buat apa yg aku buat 3 hari ni!
tejelopok keletihan hoi..
*orang xder anak memang gini.. selalunya mengusik sampai budak tu nangis, pastu blah trus.. oh, dat is so me! hehe*



ps: mak banyak tolong handle budak2 ni.. klo ikutkan maksu, dh lama surrender.. bior je rumah tunggang tebalik.. hehe..


Firman Allah S.W.T :
" Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga terdekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga diri. " (4:36)


serius osem! :)

Friday, February 10, 2012

sahabat

bertemu kembali kita di ruangan coret-coret suka hati
hewhewhew..

seperti yang dijanjikan
*kepada cik bai yang bakal bertukar status tak lama lagi*
hupdate kali ni kita layan gambar-gambar walimah oja dan hani minggu lepas








alhamdulillah
dah bertambah tanggungjawab dunia akhirat
semoga diberkati dan dirahmati selalu
insyaAllah

Firman Allah:
" Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (30:21)


Tuesday, January 31, 2012

ilmu

ilmu
dicari tanpa ada noktah
dikongsi tanpa rasa berkurangnya ia
dibajai hingga memberi manfaat

semakin hari, semakin jauh perjalanan yang dilalui
makin banyak yang dipelajari
makin sedar aku hanyalah manusia
manusia yang perlu mencari
perlu sentiasa mencari
mencari ilmu yang tidak akan kurang
bahkan bertambah dengan masa
ilmu duniawi juga ilmu ukhrawi
keseimbangan keduanya perlu dititikberatkan
dalam mengejar ijazah, perlu juga mengejar Jannah


sejak mula dekatkan diri dengan bulatan gembira secara serius, serius jugak hati ini mula rasa tenang. mula rasa nikmatnya hidup berlandaskan cinta Allah.


"dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan dapat dibumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak.barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan disisi Allah dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang." (4:100)


juga mula merasai nikmatnya hidup Lillahitaala.
satu perkataan yang mudah disebut tetapi mula difahami beratnya untuk dilaksanakan..
ianya bukan hanya sebuah perkataan tetapi pegangan yang kita patut pertahankan dengan keimanan.
melaksanakannya berpandukan al-Quran dan Sunnah.
diakui ianya bukan mudah.
tapi itulah perjalanan seorang hamba dalam mendekatkan diri pada Sang Khaliq.


sepertimana usaha keras dalam menggenggam segulung ijazah, usaha untuk ke Jannah yang kekal abadi juga 'inprogress'.. :) mengharap ilmu yang dicari dapat mengukuhkan lagi iman didalam diri, bukan menjadi penghalang jalan ke syurga abadi.


"Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tidak akan ada yang memahaminya kecuali mereka yang berilmu" (29:43)

jadi, untuk memahami perlulah berilmu bukan?


ps:
niatku hanyalah satu, Lillahhitaala
berjihad biarlah bersama
ke Jannah juga bersama..
syurga itu Heaven!
*cara orang cool tafsir keseronokan..* jari tanda aman ^_^V


Sunday, January 29, 2012

cinta hati

warning!! entry panjang ini mungkin boleh melemahkan semangat anda.. untuk membaca... hehe


lately, banyak masalah yang timbul. bukan masalah baru. tapi masalah yang dah diperam sampai dah naik masam, hapak dan perlu dibandung/bendung dengan segera. bila fikir-fikir balik, masalah ni buat aku berfikir (ayat mintak pelempang). banyak hikmah yang tersembunyi disebalik ketidakberkahwinannya lagi aku di saat ni.. (hahaha.. tu la.. ramai sangat dah orang tanya bila nak kawen.. anak2 pon asyik tanya bila maksu nak kawen.. mai sini cheq nak habaq pasaipa)..


bukan senang nak membina sebuah keluarga. tambah-tambah aku ni yang bercita-cita tinggi menggunung (macam orang tak sedaq diri yang diri tu pon serba kekurangan), nak sebuah keluarga yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa dalam rahmatNya (bukan senang wooo..). untuk dapat semua tu, melibatkan banyak pihak.. dah la diri sendiri pon haprak je. kena la betulkan dulu. ingat nak berubah tu senang?! (tetiba marah.. haha) pastu kena la cari partner yang DAEBAK! (yang ni aku banyak bergantung pada cinta hati yang SATU, Allah S.W.T.. yeahhh!)


jadinya, sekarang ni tengah mencari cinta dalam method bercinta. bercinta dengan Sang Pencipta, Dia yang satu.. best becinta sekarang sebab tak pernah rasa kecewa.. even sedih pon selalu ada teman yang dekat dengan hati. Al-Quran dan Sunnah mula dibajai dalam hati dan diri.. bahagia... alhamdulillah.. semoga Allah tak serik nak bagi kasih sayang pada diri ini yang selalu lalai dan leka.. nauzubillah..


"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
[2:165]


taken from here


cinta ALLAH itu abadi dan hakiki <3

Thursday, January 26, 2012

leka

mungkin kadang-kadang kita terleka, leka dengan dunia
leka dalam mencari kebahagian
tapi lupa pada yang kekal abadi
leka dalam mencari keseronokan
tetapi terbabas dari landasan keimanan






*view from broga hills.. 2011*


"Tetapi barangsiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(5:39)


diri masih lagi mencari
masih lagi berjihad
jihad dengan diri sendiri
jihad untuk semua
kadang-kadang tertewas dengan bisikan syaitan
yang sentiasa mahu menangkan nafsu
sedangkan akal dikurniakan
untuk berfikir
nikmat itu perlu digunakan
untuk memajukan iman dalam diri
agar dapat mengukuhkan masyarakat *ceyy.. impian tinggi okeyh*

ada pepatah berbunyi

'The most excellent JIHAD is that for the conquest of self'

jom mulakan langkah berjihad!
mulakan dengan diri!
hiyakkkkk!!~


*macam bersenam lak si yaya ni.. hihi*

Sunday, January 22, 2012

teguran

hidup tak selalunya indah
kadang-kadang diri seperti dirasuk syaitan
rasa marah, geram seperti mahu menampar insan yang bergelar manusia
tetapi sedar kekurangan diri
sememangnya Allah telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (66:6)

tersentak tatkala ayat ini dibacakan
hati terdetik
tarbiyah telah diberikan Allah secara terus
peringatan sesama muslim perlu diberikan
walau rasa diri ini tidak layak
tapi

kalau bukan kita, siapa lagi
kalau bukan disini, di mana lagi
kalau bukan sekarang, bila lagi


ya Allah, kekuatanku hanyalah bersamaMu

"Tuhan kami, berilah kami didunia dan akhirat kebaikan dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka,. dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berbuat baik. Wahai Tuhan yang Maha Mulia, Maha Pengampun dan Tuhan yang menguasai alam."

Monday, January 16, 2012

tiga kata

ingat teaser lepas?



rehlah bulatan gembira di sedim

alhamdulillah


dah lama sebenarnya naqibah comel kami sebut nak bawak kami ber rehlah
sampai jugak rezeki


air terjun sangat osem!
subhanallah

dalam hidup pasti ada cabaran
tapi Allah kan selalu ada
keep your faith alive!

Allah itu Maha Besar

Firman Allah S.W.T: "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)." (Al-Mulk:3-4)

tiga kata: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar

Thursday, January 12, 2012

obses

obses nak kurus
tak abeh2 kata nak turunkan berat
alih-alih
bertambah adala
adoyai cik anis
hihihi

kena mula excercise balik
ada orang bising dah
hahaha
jagalah kesihatan anda
huhu


ps: uneasy feeling masuk kawasan hospital lama.. huhu